Nov 9, 2009

ANGGOTA KELAMIN BENGKOK

Anggota bengkok

SOALAN

Saya maklum masalah kemaluan bengkok banyak kali dibincangkan tetapi saya ingin bertanya dengan lebih lanjut lagi mengenai masalah yang dihadapi, saya berumur 27 tahun dan hampir setahun berkahwin.


Saya mempunyai zakar yang bengkok pada 90 darjah ke bawah di bahagian hadapan (kepala).

Apakah posisi yang sesuai untuk bersama isteri bagi mengelakkan isteri terasa sakit dan lebih selesa.

Buat masa ini, saya dan isteri hanya bersama sebulan sekali atau dua kali kerana isteri sering sakit bila bersama.

Saya juga mengalami masalah pada saluran kencing iaitu salurannya tidak sampai di hujung sebaliknya hanya pada pangkal batang kemaluan.

Keadaan itu menyebabkan air mani saya tidak terpancut ke dalam kemaluan isteri, adakah ada peluang untuk isteri mengandung?

Adakah cara untuk saya membetulkan masalah ini, mungkin dengan kaedah rawatan moden?

INGIN TAHU
Johor Bahru


JAWAPAN

Anda membuka cerita yang jarang kali dikupas iaitu isu kecacatan anggota kelamin lelaki yang kebetulan anda juga mengalaminya.

Kecacatan anggota kelamin yang anda alami itu dikenali sebagai hypospadias dengan bengkok yang dikenali sebagai chordee.

Kemungkinan kecacatan pembukaan lubang kencing bergelar hypospadias ialah 1 dalam 4,000 kes.

Kadar kemungkinan ia berlaku kini tinggi memandangkan perubahan alam sekitar yang tercemar yang sedikit sebanyak mendedahkan lelaki kepada hormon estrogen atau mengganggu tindak balas hormon lelaki dalam tubuh bayi lelaki.

Jadi tidak hairan jika kadar kemungkinan gejala ini meningkat di kalangan lelaki masa kini. Dalam keadaan sedemikian anda dengan kecacatan anggota kelamin yang dijelaskan tadi, tidak akan dapat melakukan hubungan seks penetratif dengan baik danmenyakitkan kedua pihak.

Jika kecacatan anggota kelamin itu dapat dikesan dari peringkat kanak-kanak masalah ini akan dapat dikendalikan sebelum anda baligh.

Mengenai kos pembedahan ia tertakluk kepada kesulitan pembedahan dan kepakaran yang diperlukan. Tiada jaminan yang pembedahan ini dapat membuat zakar sempurna seperti sedia kala.

Saya pernah memberi alat penarik zakar bergelar andropenis kepada beberapa lelaki yang mengalami masalah seperti anda.

Masalah zakar bengkok yang dialami mereka dikurangkan hampir 50 peratus dan hubungan seksual dapat dilakukan secara selesa dan air mani dapat masuk faraj dan tidak tercicir.

No comments:

Post a Comment