Nov 9, 2009

CEPAT KLIMAKS

SAYA berusia 32 tahun dan berumah tangga hampir tiga tahun dan ada dua anak. Masalah yang saya hadapi ialah cepat klimaks manakala lambat ereksi untuk kali kedua. Saya berasa malu untuk berjumpa doktor berhubung masalah ini, tetapi kali ini saya nekad mendapatkan nasihat dan berjumpa pakar.

MIL


Bukit Beruntung

Cepat klimaks menjadi tekanan apabila pasangan tidak puas dan diri sendiri pun berasa begitu. Ini berlaku apabila selepas ejakulasi, zakar hilang ketegangan manakala ereksi yang hanya kekal seketika turut memberi hanya sedikit kepuasan.

Perkara biasa yang akan dilakukan lelaki ialah mendapatkan tips daripada rakan. Tidak hairan jika kaedah mengurut, guna segala minyak, krim atau gambir Sarawak digunakan, sedangkan semuanya tidak memberi kesan, malah boleh memudaratkan lagi.

Menambat zakar ketika ereksi dengan getah penambat memang satu alternatif. Getah ini dijual di pasaran. Ada yang diimport dari China dan beberapa negara lain. Kini, ada getah penambat zakar buatan Malaysia yang dikenali sebagai cincin Kanda.

Getah ini dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal jika pemakainya menumpukan perhatian kepada getah itu ketika menggerakkan ereksi dalam faraj pasangan. Apabila tumpuan lari, kawalan juga tiada lagi, menyebabkan ejakulasi awal boleh berlaku.

Sehubungan itu pemakai cincin ini perlu tahu cara menggunakannya supaya dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal. Jika ia masih tiada perubahan, lebih baik berjumpa doktor.

No comments:

Post a Comment