Nov 6, 2009

RAHSIA KEINGINAN WANITA

Kunci membahagiakan wanita adalah memenuhi keinginan - keinginannya. Sekalipun wanita tak semua memiliki karaktor pasif dan sifat tak terbuka dalam hal seks, namun sesungguhnya mereka memiliki keinginan yang sama, iaitu keintiman yang hangat di tempat ranjang asmara. Wanita tidak ingin tempat tidur dilewati dengan rasa tekanan dan hambar. Tindakan bagaimana harus lelaki perhatikan untuk memahami keinginan wanita di tempat tidur?

1- Tempat dan Suasana Romantis

Tempat dan suasana adalah faktor penting bagi kaum wanita dalam proses menikmati keghairahan. Sebab, jika tempat saja berselerak, kotor, tidak nyaman, sementara suasana tegang,kurang harum, dan pasti membuatnya gelisah? Secara umum, wanita mahukan tempat dan
suasana yang romantis.

Untuk itu dimanapun tempat itu berada, kamar tidur haruslah rapi, bersih, jauh dari kebisingan tidak mudah terdengar orang lain atau
anak-anak, pastikan kedap suara. Yang penting, terasa aman dan nyaman. Sesekali,bawalah ke hotel, resort atau keluar berlibur kerana ini merupakan pilihan yang sangat baik untuk menghilangkan kebosanan.

Untuk menciptakan suasana, cahaya remang redup, wewangian yang lembut, muzik romantis boleh menghanyutkan emosi wanita. Dan
berilah surprise, sembur dan sapulah tubuh dengan parfum dan bebauan wangi pada tubuh lelaki. Yang penting tubuh harus bersih dan
sehat.

Saat sudah berada di ranjang , luangkan waktu untuk sentuhan ringan, bercerita atau apa pun agar dapat mencairkan kebekuan dan kekakuan sehingga keinginan - keinginan yang tertahan akan muncul terucap. Bahkan kalau perlu, luahkan keinginan Anda dan tanyakan
keinginannya.

2- Taburkan kata-kata cinta

Wanita sebenarnya lebih menginginkan kemesraan daripada kegiatan seks itu sendiri. Seks mungkin penting, tetapi bukanlah dalam
hubungan emosional. Kerana itulah kata-kata cinta yang romantis memberi erti dan membuahkan kenikmatan yang besar. Wanita, bahkan, tidak peduli sangat apakah kata-kata cinta, pujian, rayuan yang diucapkan dengan sepenuh hati atau tidak. Baginya, kata-kata indah itu telah menyentuh emosinya serta menunjukkan dia dihargai dan diperhatikan (mahu dimanja!).

Belaian, usapan, pelukan jauh lebih berharga daripada seks itu sendiri; kerana seks dalam persepsi umum lebih merupakan
keseronokkan dan ghairah nafsu kaum Lelaki.

Posisikan wanita sebagai makhluk berharga dan disayangi, kerana ia memang layak mendapat perlakuan yang baik. Apalagi umumnya,
wanita peka terhadap sesuatu yang menyangkut perasaan hatinya. Wanita sangat senang jikalau dirinya dipuji, apalagi dilakukan dengan tulus. Pujian sangat diperlukan karena setiap orang mempunyai harga diri atau pengakuan. Dengan demikian rasa aman, nyaman dan gairah
pun timbul.

Bisikan mesra kata cinta bahawa dialah yang wanita tercantik dan terbaik dengan sepenuh hati dengan luahan yang serius adalah dambaan wanita. Apalagi ketika mendengar pasangannya mengatakan begitu bangga dapat memiliki dan mencintainya. Bukankah Anda memang mencintainya.

3- Ciuman dan Pelbagai Gaya Pemanasan

Jangan cuba-cuba melakukan secara langsung to the point. Jujur, tindakan seperti itu sangat dibenci kaum wanita, betapapun ia mencintai Anda. Wanita tidak ingin diperlakukan sebagai objek nafsu, tidak berperasaan kerana itu hanya dilakukan terhadap binatang.

Wanita lebih sulit terangsang, sehingga perlu waktu yang lebih panjang untuk proses pemanasan. Sekurang-kurangnya berikan waktu 30 minit sebelum fasa perangsangan mencapai kemuncaknya.

Ciuman perlu diterapkan sebagai ekspresi dari sikap dan perasaan sayang. Kerana wanita cepat menangkap hati dan jati diri lelaki
pasangannya, berikan ciuman yang hangat dan mendalam.

Apalagi, ciuman merupakan bahasa komunikasi yang membakar dan sedikit wanita yang terbakar oleh kekuatan ciuman. Demikian juga
sentuhan - sentuhan erotis yang memang bertujuan untuk membangkitkan gairah. Jangan ragu-ragu melakukannya, tapi semua itu harus dilakukan dengan penuh perasaan, kerana disitulah wanita melihat kesungguhan lelaki akan dirinya.

4- Kembangkan Posisi

Apakah wanita menginginkan variasi posisi persetubuhan? Walaupun wanita jarang mengucapkan untuk perubahan posisi, tetapi sesungguhnya mereka juga menginginkan dan menikmatinya.

Kerana itu, berganti-ganti posisi juga dianjurkan kala melakukan persetubuhan. Dan sebaiknya dilakukan sepanjang masa itu tidak
menyeksa wanita dan diinginkan (setidaknya, tak ditolaknya). Dengan berganti-ganti gaya seks, malah menjadi pengalaman baru bagi yang
belum pernah melakukan. Untuk pemahamannya dapat melihat dari gambar di buku, pengetahuan tentang seks atau film. Begitu banyak posisi yang ada dan mungkin dikembangkan, tidak hanya atas atas - bawah atau samping. Meski begitu, jangan pula terpaku dengan
berbagai posisi kerana selama masa itu tetap harus melakukan perabaan ke bahagian tubuh yang peka, agar tetap panas. Tentu perabaan dengan kasih sayang dan sepenuh hati.

5- Tetap Hangat After Play

Rasa nikmat kemuncak memang harapan dan impian setiap wanita. Tapi harap diketahui, tidak selalu kegagalan kemuncak para wanita
ditanggapi dengan rasa kecewa. Soalnya, seperti yang sudah disebutkan tadi, aktiviti seks bukanlah terlalu dimahukan wanita dalam hubungan emosional. Banyak wanita bahkan sudah cukup merasa puas ketika pasangannya mendapatkan kepuasan darinya.

Biasanya kemuncak lelaki muncul setelah berlaku pancutan, tapi tidak selalu kerana itu hal yang terpisah. Yang pasti, setelah terjadi pancutan, lelaki umumnya mengalami kelelahan serta letih kerana tenaganya yang banyak digunakan semasa adegan persetubuhan ,
maka membiarkan dirinya terlelap untuk segera tertidur. Kalau itu yang terjadi, wanita akan mengangapnya sebagai egois, membuangnya setelah keinginannya sendiri tercapai, tanpa memperdulikan lagi pasangannya.

Proses penurunan emosional wanita berjalan perlahan-lahan. Bahkan, sekalipun sudah merasai kemuncak, wanita masih sanggup dengan
cepat untuk mendapatkan rangsangan dan melakukan aktiviti hubungan intim lagi dan kembali mendapatkan kemuncak sekali lagi.Justeru itu
lelaki perlu berikan belaian walaupun selesai persetubuhan.

Tentu sangat bijak kalau pasangan lelaki dapat mengimbanginya dan tetap secara intensif melakukan perangsangan. Keranaa itu memiliki fizikal yang kuat dan tubuh yang sehat adalah sangat penting bagi lelaki agar dapat memuaskan dan memberikan kebahagian secara
seksual pada wanita pasangannya.

No comments:

Post a Comment